My Home: Bantuan Untuk Pembelian Rumah Sehingga RM30,000

Assalammualaikum,

Memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi di Malaysia ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah membantu rakyat dengan memperkenalkan skim My Home.

Ini selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 seperti DISINI.


Malaysia MyHome Scheme


Apakah My Home?
MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Ia dibawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MyHome by Malaysia Government to help buy a house for malaysia


Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria utama, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000. Keluasan minimum rumah adalah 800 kaki persegi dengan kemudahan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air. Menyediakan kemudahan ruang letak kereta, surau, dewan dan taman permainan.

Skim My Home ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a) Skim My Home 1:
 
b)Skim My home 2: 


Apa syarat untuk memohon skim My Home?

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 18 tahun dan ke atas

3) Pembelian rumah pertama

4) Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan isi rumah seperti berikut:

Monthly income


*Perlu di ingat bahawa pemilik rumah melalui skim ini tidak boleh menjual rumah mereka selama 10 tahun.


malaysia housing subsidize

Bila boleh permohonan dibuat?
Skim My Home ini telah mula dibuka untuk pendaftaran pada 1 April 2014.


Bagaimana nak memohon skim My Home ni?
Permohonan online boleh dibuat disini: My Home Online

Dokumen yang diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  3. Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  4. Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
  5. Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)*
*KM dapati borang yang disediakan online hanya meminta nombor kad OKU dan tiada ruang untuk memuatnaik salinan kad OKU.

# Dokumen hendaklah dimuat naik menggunakan format pdf  atau jpeg.


 
Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh hubungi Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
 
03-8891 4322 / 03-8891 4317 / 03-8891 4313

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images