Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Assalammualaikum,

PPA1M adalah singkatan untuk Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). Ia adalah salah satu progam yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyatnya dalam usaha memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti. Seperti namanya, program ini dikhaskan kepada penjawat awam sahaja.

Program lain yang diwujudkan oleh kerajaan adalah seperti SKIM MY HOME yang KM telah kongsikan DISINI.

Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif atau pendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2013 telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di putrajaya.

Sebanyak 5239 unit daripada kediaman ini akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd manakala 5097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Harga yang ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah diantara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai. Keluasan lantai adalah antara 1000 kaki persegi sehingga 1500 kaki persegi. Selain itu, pemilikan rumah melalui skim ini juga menarik kerana ia dikecualikan daripada bayaran pindah milik dan duti setem. Wang Pendahuluan juga hanya RM2000.


# Baca tentang Kelayakan dan Cara-cara Memohon PPA1M

Selaras dengan pengumuman tersebut, Program PPA1M di Putrajaya di Mulakan dengan cadangan pembangunan 1,000 unit di Plot 17RK5, Presint 17 dan 256 unit di Plot 12D, ppresint 11.

Ia dibuka kepada semua lapisan Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan.





Sumber:PPA1M Putrajaya


You Might Also Like

0 comments

Flickr Images