OPPO N1: Revolusi Telefon Pintar 2014

Assalammualaikum dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.


Hari ini, KM nak kongsikan dengan anda semua tentang sebuah telefon pintar (smartphone) yang dikenali sebagai OPPO N1.

Tetapi sebelum itu, pernah tak pembaca dengar tentang apa itu OPPO?

Untuk makluman semua, OPPO adalah jenama teknologi global. Sejak memasuki pasaran mudah alih pada 2008, syarikat OPPO berusaha untuk menyediakan teknologi terkini, berkualiti dan mesra pengguna. Produk Oppo dipasarkan di Amerika Utara, Eropah dan Asia.


Salah satu produk terkini yang dikeluarkannya adalah telefon pintar OPPO N1.

Ciri istimewa utama yang ada pada telefon OPPO N1 ini adalah terletak pada kameranya. Ini kerana, OPPO N1 bukan sahaja dilengkapi dengan kamera 13 megapiksel (MP) tetapi juga merupakan telefon pintar pertama yang mempunyai kamera berputar (rotating camera). Dengan N1 ia memberikan kemungkinan baru dalam fotografi telefon pintar.

Kamera berputar ini mempunyai putaran 206 °.Tidak kira apa sudut yang anda pilih, ia memberi peluang untuk mengambil gambar dengan impak maksimum.



N1 adalah telefon pintar Android pertama yang menggunakan enam kanta fizikal, memberikan imej yang lebih jelas manakala menghapuskan sebarang gangguan. Ia menggunakan teknologi terkini iaitu'
stacked CMOS sensor, upgraded type 1/3.06 imaging module and f/2.0 wide aperture ' yang membenarkan lebih serapan cahaya seterusnya membolehkan gambar diambil dengan cantik walaupun didalam persekitaran yang gelap.



Ciri istimewa lain adalah:
i) Panel O-touch
 -12cm2 panel dibahagian belakang telefon
-membolehkan anda 'scroll, tap atau snap' tanpa jari anda menyekat paparan skrin.

 ii) skrin
-5.9-inch Full HD


iii) O-click control
Dengan O-Click, anda boleh mengakses kamera N1 secara kawan jauh. Fungsi ini boleh digunakan sehingga 15m menggunakan sistem Bluetooth (BLE).

Ringkasan Produk:

Parameter Asas:
Warna   : Putih
Dimensi:170.7 x 82.6 x 9 mm
Berat     : 213 g
Sistem Operasi:ColorOS, based on Android 4.2
Pemproses:1.7 GHz Qualcomm Snapdragon 600 Quad Core
GPU:Adreno 320
RAM:2 GB
Simpanan:16 / 32 GB
Sensors: Distance sensor, Light sensor, G-sensor, 4D Gyroscope
Batteri:3610 mAh
Paparan:
Skrin     : 5.9-inch
Resolusi: 1080p Full HD (1920 x 1080 pixels), 377 PPI
Jenis      : IPS
Warna    :16 million colors
Skrin sesentuh: Multi-touch, capacitive screen, Gorilla Glass 3

O-Touch: Slide up or down, left or right, tap, double tap and long press for different functionality.
Kamera: 13-megapixel sensor dengan dedikasi ISP
Flash: Dual-mode LED
Aperture:f/2.0
Scene modes:Normal, Panorama, High Speed, Rewind, Beautify, and Slow Shutter
Sambungan:
Frekuensi:
  • GSM: 850/900/1800/1900MHz
  • WCDMA: 850/900/1700/1900/2100MHz
Lain-Lain:
  • USB OTG
  • Bluetooth 4.0
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • Wi-Fi Direct
  • Wi-Fi Display
  • GPS
  • NFC

Apa yang anda dapat apabila membeli OPPO N1:
  • Telefon OPPO N1
  • Kawalan jauh bluetooth O-Click
  • Fon Telinga
  • Kable Mikro USB
  • Pengecaj bateri
  • Alat untuk mengeluarkan SIM

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images