Bajet 2014: Hartanah

Isu berkaitan hartanah telah ditekankan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 yang baru dibentangkan pada 25 Oktober 2013.

i)  RPGTA 
-seperti di SINI

ii) Meningkatkan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500,000 kepada RM1,000,000.

iii)  Meningkatkan ketelusan harga jualan hartanah, di mana pemaju hartanah perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk semua manfaat dan insentif yang ditawarkan kepada pembeli seperti pengecualian yuran guaman, duti setem perjanjian jual beli, rebat tunai dan hadiah percuma.



iv) Melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah. 
*Institusi kewangan dilarang menyediakan pembiayaan akhir bagi projek yang terlibat dengan skim DIBS ini.

v) Pembinaan rumah baru
Dianggarkan sebanyak 223 ribu unit rumah baru akan dibina oleh Kerajaan dan sektor swasta pada tahun 2014.
-RM578 juta kepada Jabatan Perumahan Negara atau JPN bagi melaksanakan Program Perumahan Rakyat yang melibatkan pembinaan 16,473 unit rumah. 
-JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta.
-PR1MA pula akan menyediakan 80 ribu unit rumah dengan peruntukan satu bilion ringgit di mana harga jualannya adalah 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran. 
-SPNB akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit rumah mampu milik, tiga ribu unit Rumah Idaman Rakyat dan lapan ribu Rumah Mesra Rakyat.

vi) Memperkenalkan Rumah Mesra Rakyat dengan harga jualan antara RM45000 hingga RM65000, di mana Kerajaan akan memberi subsidi di antara RM15 ribu hingga RM20 ribu seunit.


vii) Memperkenalkan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
-sebagai satu langkah untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. 
-Skim ini menawarkan subsidi RM30000 seunit kepada pemaju swasta. 
-Antara kriteria utama skim ini adalah:
(a) Membina sekurang-kurangnya 20% rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan;
(b) Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45000 dan kos sederhana ialah RM170000
(c) Keluasan minimum rumah kos rendah adalah 800 kaki persegi dan kos sederhana 1,000 kaki persegi dengan kemudahan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air
(d) Menyediakan kemudahan ruang letak kereta, surau, dewan dan taman permainan
(e) Terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isirumah maksimum tiga ribu ringgit bagi kos rendah dan maksimum enam ribu ringgit bagi kos sederhana.

*Keutamaan akan diberikan kepada pemaju perumahan yang membina rumah kos rendah dan sederhana di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. 
*Skim ini terhad kepada 10 ribu unit rumah pada tahun 2014.
*Ianya adalah untuk projek perumahan baharu yang diluluskan mulai 1 Januari tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

viii) Pemaju-pemaju projek perumahan seperti PR1MA, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan perumahan di kawasan baharu dibuka, layak memohon geran daripada Dana Mudahcara sebanyak 10 peratus daripada kos projek. Bagi tahun 2014, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah empat bilion ringgit untuk Dana Mudahcara sebagai inisiatif menggalakkan pelaksanaan projek swasta berimpak tinggi dan strategik.

*Daripada jumlah tersebut, satu bilion ringgit dikhususkan sebagai Dana Mudahcara Perumahan dibawah Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS. 
*Pemaju yang menerima geran ini, mesti mematuhi terma dan syarat serta harga jualan rumah yang ditetapkan oleh Kerajaan.


You Might Also Like

0 comments

Flickr Images