KARNIVAL ZAKAT 2015



Sebagai makluman, PPZ-MAIWP berkolaborasi bersama Perbadanan Putrajaya dan Masjid Putra Putrajaya bagi memberikan pendedahan dan kesedaran dikalangan penduduk di sekitar Kuala Lumpur berkenaan zakat dan peranan PPZ-MAIWP sebagai pengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melalui KARNIVAL ZAKAT 2015 dan FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM.

Karnival zakat 2015 dilihat sebagai platform untuk memilih saluran bayaran zakat yang disediakan serta perkhidmatan taksiran dan pertanyaan zakat secara terus di karnival tersebut nanti.

Pelbagai program ilmiah dan santai telah disusun buat para pengunjung. Turut memeriahkan medan ilmu ini adalah para selebriti dakwah tempatan.

Kemuncak program yang diatur adalah Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Putra Putrajaya yang turut membincangkan topik-topik semasa bersama panel-panel handalan untuk dua slot berasingan.

Sehubungan dengan  itu, PPZ-MAIWP berbesar hati menjemput anda dan keluarga untuk ke Karnival Zakat 2015 di Dataran Putra Putrajaya dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Putra Putrajaya  pada 14 November 2015 (Sabtu) ini dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam bagi memeriahkan suasana disamping memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Talian Zakat di 1-300-88-5757

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images