Islam Itu Indah
BULAN-BULAN ISLAM
Assalammualaikum,
Selamat menyambut Tahun Baru Islam.. 1 Muharram.
Bulan-bulan Islam:
"Sesungguhnya
bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan
Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan)
agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan
yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana
mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah
beserta orang-orang yang bertaqwa".
(Surah Al-Taubah : 36)
12 bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah
dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah
diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW
memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:
Ketahuilah
bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan
bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga
daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab
yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Bulan
dalam bahasa Arab disebut “Al-Syahru” bermaksud bulan yang merujuk
kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan
Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika
Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke
Madinah.
Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam
dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a
adalah seperti berikut :
- Muharram
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jumadilawal
- Jumadilakhir
- Rejab
- Sya'ban
- Ramadhan
- Syawal
- Zulkaidah
- Zulhijah
Muharram
Muharram bererti diharamkan. Bulan
Muharram, bulan pertama dalam kiraan tahun Qamariah (Hijriah) dan salah
satu dari empat bulan yang dihormati.
1 Muharram adalah permulaan kiraan
tahun hijrah, maka pada tarikh ini setiap umat Islam disunatkan membaca
doa awal tahun. Waktunya ialah selepas menunaikan sembahyang fardu
Mahgrib. Doa tersebut seperti di SINI.Hari 'Asyura
Muharram mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan Islam sejak Nabi Adam alaihissalam dijadikan oleh Allah subhanahu wataala. Satu kelebihan dalam bulan Muharram ialah pada hari kesepuloh yang dikenali sebagai hari 'Asyura. Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa.
Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Berpuasa pada hari 'Asyura akan termasuk dalam hintungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya".
Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Puasa yang utama (afdal) sesudah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram".
Safar
Safar
adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana
penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang
dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah
menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal
dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok
mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir
merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Rabiulawal adalah bulan ketiga
mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia
amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah
Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12
Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada
9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal dan Jumadilakhir, merupakan
bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan
ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan
berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab
adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut
sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak
unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu
Ka’bah dibuka.
Syaaban
bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab
sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa
berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka
keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Pada malam Nisfu Sya'ban (pertengahan bulan Sya'ban), kita digalakkan menambah amal ibadat dengan membaca al-Qur'an dan surah Yaasin untuk menghidupkan lagi malam tersebut. Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali radhiallahu 'anhu katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: terjemahannya:
"Apabila tiba malam pertengahan Sya'ban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah S.W.T turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: "Siapa yang memohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu.....adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah subhanahu wa ta'ala) sehinggalah terbitnya fajar subuh."
Ramadhan
Ramadhan
merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau
terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan
panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini
merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan".
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu".
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu".
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Syawal
Syawal
pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada
waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala
yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan
Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati
masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa
Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Aidil
Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal
merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Al-Imam at-Tabarani telah meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang kira-kira maksudnya:
"Hiasilah hari raya kamu itu dengan takbir"
Puasa Enam
Selain daripada ibadat puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, ibadat puasa juga sunat dikerjakan dalam bulan-bulan lain, diantaranya puasa enam hari di bulan Syawal. Sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kemudian disusuli puasa enam hari di bulan Syawal, maka puasanya itu menyerupai pahala setahun. Al-Imam Ibnu Majah telah meriwayatkan dari abu Ayyub bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang kira-kira bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal adalah menyerupai puasanya itu puasa setahun".Puasa di bulan Syawal ini boleh dilakukan sama ada berturut-turut atau sebaliknya.

Zulkaedah
Zulkaedah
merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman
sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan
haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni
duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah
adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah yang berarti “yang empunya haji”. Ibadah haji dilaksanakan pada tanggal 8, 9
dan 10 Zulhijah.
Hari Arafah
Puasa sunat di bulan Zulhijjah ialah puasa pada hari kesembilan iaitu hari Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit.
Al-Imam Ubnu Majah telah meriwayatkan dari Abu Qatadah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang kira-kira bermaksud:
"Puasa pada hari Arafah akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu menutup dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya".
Maksud setahun yang terdahulu ialah dikira dari tahun yang mengandungi hari Arafah sebelumnya sehingga tahun yang ia berpuasa hari Arafah. Maksud setahun kemudian ialah dari akhir bulan haji yang ia berpuasa di dalamnya sehingga awal tahun hijriah iaitu awal Muharram.
Maksud menutup dosa ialah diampunkan semua dosa kecil yang telah dilakukannya kecuali dosanya terhadap sesama manusia, jika ia tidak mempunyai dosa kecil maka Allah akan meninggikan pangkatnya dan memeliharanya daripada melakukan dosa.
Hari Raya Aidil Adha
Hari raya umat Islam yang kedua ialah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban iaitu pada 10 Zulhijjah. Amalan-amalan pada Hari Raya Aidil Adha sama sahaja dengan amalan pada Hari Raya Aidil Fitri iaitu menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan ibadat dan bertakbir.

Menyembelih Korban
Satu amalan lagi yang ada pada bulan Zulhijjah ialah menyembelih korban pada Hari Raya Aidil Adha. Oleh kerana itu, hari raya ini disebut juga Hari Raya Korban. Binatang korban itu ialah binatang yang disembelih daripada unta, lembu, kerbau atau kambing.
Amalan menyembelih korban itu juga adalah merupakan bukti keikhlasan dan ketakwaan kita dalam menghidupkan syiar agama Islam.
Berkorban itu hukumnya sunat, dan fadhilat yang diperolehi daripada berkorban itu amat besar, antaranya:
1. Menambah amal kebajikan.
2. Sebagai penebus dosa.
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah subahanahu wa ta'ala.
Sumber: di sini dan laman sesawang.
0 comments