Bajet 2014: Meningkatkan Pertanian

Didalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada Jumaat 25 Oktober 2013, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. 

Antara inisiatifnya ialah:

(a) FACE
-Menubuhkan 'Food and Angro Council for Export' (FACE) yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertindak sebagai pemudah cara.
-untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan. 


(b) FAMA
-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diperkukuhkan untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport. 


(c) Cold Room (bilik sejuk)
-Untuk memastikan kesegaran produk pertanian, kerajaan akan menyediakan kemudahan 'bilik sejuk' di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).


(d) Eksport
-Berusaha untuk meningkatkan eksport durian ke pasaran China.


(e) Pasar/Gerai
-Sebanyak 60 pasar tani, 50 pasar ikan dan 50 karavan tani akan dibuka selain memperluas 100 buah gerai buah-buahan segar di seluruh negara yang akan dikendalikan oleh FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna. 


(f) Subsidi
-RM2.4 bilion bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif yang merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan. 

 
(g) Tanaman semula
-RM243 juta bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.


(h) Meningkatkan produktiviti
-RM634 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkatkan produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi. 


(i) Ternakan Udang Kara
-Melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah dengan kerjasama syarikat multinasional untuk menghasilkan sebanyak 18,000 tan metrik yang dijangka dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga RM4,000 sebulan. 


(j) Bioeconomy Community Development
 -membangunkan tanah-tanah terbiar melalui aplikasi bioteknologi dan penanaman kontrak.




You Might Also Like

0 comments

Flickr Images