TAHUN BARU ISLAM: DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN (AWAL MUHARRAM)

Assalammualaikum kepada semua pembaca Kotak Maklumat,
Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat.


Mengikut penjelasan Ustaz MAZA dan beberapa ustaz lain, dizaman Nabi Muhammad S.A.W tidak ada amalan bacaan doa awal dan akhir tahun (Muharram).

Hari 'Asyura
Muharram mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan Islam sejak Nabi Adam alaihissalam dijadikan oleh Allah subhanahu wataala. Satu kelebihan dalam bulan Muharram ialah pada hari kesepuluh yang dikenali sebagai hari 'Asyura. Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa.

Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: "Berpuasa pada hari 'Asyura akan termasuk dalam hintungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya".

Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Puasa yang utama (afdal) sesudah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram".


You Might Also Like

0 comments

Flickr Images