Bajet 2014: Cukai

Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyentuh beberapa isu berkaitan cukai iaitu:

i)   PCB
ii)  GST
iii) RPGTA

PCB:
Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) membayar cukai, mereka tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati bahawa PCB adalah cukai muktamad.
Ia berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.


GST:
Memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST-Goods and Services Tax) bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Kadar GST ditetapkan pada 6%.

GST tidak dikenakan keatas:
(a) barangan makanan asas antaranya:beras, gula, garam, minyak masak, tepung, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin,cencalok, budu dan belacan.
(b) Bekalan air paip
(c) 200 unit pertama elektrik pertama bagi pengguna domestik
(d) perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan (contohnya pengeluaran pasport,lesen)
(e) perkhidmatan pengangkutan (seperti bas, keretapi, LRT, feri, bot, tol lebuhraya, teksi)
(f) perkhidmatan kesihatan
(g) perkhidmatan kesihatan
(i) jual beli dan sewa rumah kediaman
(j) perkhidmatan kewangan yang terpilih

Apabila GST dilaksanakan, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihan seperti:
(a) bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima BR1M
(b) kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus
(c) pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000
(d) kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.


RPGTA:
Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGTA) dikenakan kepada hartanah yang dilupuskan adalah seperti berikut.

Pemilik Warganegara Malaysia:-
Tahun dilupuskan                  Kadar Cukai Baru                            Kadar Cukai Lama
1-3 tahun                               30% (bagi individu/korporat)           15%
4 tahun                                  20% (bagi individu/korporat)
5 tahun                                  15% (bagi individu/korporat)          
Tahun ke-6 & berikutnya         0% (individu),5% (syarikat)              0%
                                             

Pemilik Bukan Warganegara Malaysia:-

Tahun dilupuskan                  Kadar Cukai Baru                            Kadar Cukai Lama
1-5 tahun                               30%                                                 15% 
Tahun ke-6 & berikutnya         5%                                                    0%




You Might Also Like

0 comments

Flickr Images