Kadar GST (CBP) yang dikenakan oleh negara dunia lain



Konsep di sebalik CBP (Cukai Baranagan dan perkhidmatan) telah dicipta oleh pegawai cukai Perancis pada tahun 1950-an. Di beberapa negara, CBP dikenali sebagai VAT, atau Cukai Nilai Ditambah. Hari ini, lebih daripada 150 negara, termasuk Kesatuan Eropah dan negara-negara​​ Asia seperti Sri Lanka, Singapura dan China telah melaksanakan percukaian dalam bentuk ini. 

Kira-kira 90 peratus daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara yang telah melaksanakan VAT atau CBP.

Berikut adalah beberapa kadar cukai negara-negara di seluruh dunia yang telah melaksanakan CBP atau VAT.

Sejarah Percukaian di Malaysia

Di Malaysia, sistem percukaian k​ita melibatkan beberapa jenis cukai tidak langsung:
  • Duti Import

    • Ke atas barang yang dibawa masuk ke dalam negara
  • Duti Eksport

    • Ke atas barang yang dibawa keluar Negara
  • Cukai Jualan

    • Ke atas sebilangan besar barang pada masa import atau pada peringkat pengilangan dengan 2 kadar cukai iaitu 5% dan 10%.
  • Cukai Perkhidmatan

    • Ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh restoran, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan professional oleh arkitek, jurutera, peguam dan lain-lain.
  • Duti Eksais

    • Ke atas barang tertentu seperti kenderaan, minuman keras, beer dan produk tembakau.
CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Cukai kepenggunaan Semasa

a) Cukai jualan

Cukai jualan diperkenalkan pada 29 Februari 1972 sebagai cukai kepenggunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas barang yang dikilang di Malaysia dan barang yang diimport.
Kadar cukai jualan semasa adalah seperti berikut:
  • Kadar dikurangkan iaitu 5% ke atas barang makanan dan bahan binaan.
  • Kadar am 10%.
  • Kadar spesifik ke atas produk petroleum.

    Pelesenan cukai jualan

    Pengilang barang yang jumlah jualan tahunan RM 100,000.00 dan ke atas dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan. Pengilang yang jumlah jualan tahunan kurang RM 100,000.00 perlu memohon sijil pengecualian daripada perlesenan.

    Skop cukai

    Cukai jualan dilevi ke atas barang pengilangan tempatan semasa barang dijual atau dilupus oleh pengilang. Ia dipanggil cukai seperingkat kerana ia dikenakan sekali sahaja sama ada di peringkat input atau output.

b) Cukai Perkhidmatan

Cukai perkhidmatan diperkenalkan pada 1 Mac 1975 sebagai cukai kepengunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang kena cukai di Malaysia. Pada masa ini kadar cukai perkhidmatan adalah seperti berikut: ​
  • Kadar sama rata 6%
  • Kadar spesifik untuk kredit kad ( RM 50.00 mulai Januari 2010)

    Pelesenan​​​


    Mana-mana orang dalam perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bercukai di tempat/establismen yang ditetapkan dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan berdasarkan nilai ambang berikut:
    ​​​​​​​​Nilai ambang​ Perkhidmatan ber​​​cukai
    Tiada nilai ambang​​​​​​​​ a. Hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (Kumpulan A)
    b. Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (kumpulan B1)
    c. Kela​b malam, dewan tari, kabarate, pusat kesihatan, rumah urut yang diluluskan dan rumah beer (kumpulan D)
    d. Semua jenis ​​ polisi insurans untuk perniagaan
    e. Perkhidmatan telekomunikasi​​
    f. Perkhidmatan pelepasan barang dari kawalan kastam
    g. Perkhidmatan perakaunan, pengauditan oleh akauntan swasta
    h. Perkidmatan perundangan oleh firma guaman
    i. Perkhidmatan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah
    j. Perkhidmatan arkitek oleh firma arkitek
    k. Pe​​rkhidmatan mengukur oleh juru ukur berlesen
    l. Perkhidmatan khidmat nasihat oleh konsultan
    m. Perkhidmatan pengurusan oleh syarikat pengurusan
    n. Kad kredit/caj pengeluaran kad kredit
    ​​​Perolehan​ jualan tahunan​ RM 150,000.00 dan ke atas Perkhidmatan yang diberikan oleh kumpulan professional di bawah kumpulan G
    a. Penyediaan tempat letak kereta
    b. Penyediaan perk​​​hid​​​matan kiriman cepat
    c.​ Penyediaan pusat servis dan pusat membaiki kenderaan bermotor
    d. Penyediaan pengawal keselamatan atau security orang lain oleh agensi persendirian
    e. Penyediaan perkhidmatan pekerjaan oleh agensi persendirian
    ​​​Perolehan jualan tahunan RM 300,000.00 dan ke atas a. Restoran, bar snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel yang mempunyai 25 bilik/kurang (kumpulan B2)
    b. Perkhidmatan yang disedikan oleh kelab golf (kumpulan E)
    c. Perkhidmatan yang disedikan oleh hospital swasta (kumpulan F)
    d. Perkhidmatan kereta sewa dan pandu/kereta dengan/tanpa pemandu ( kumpulan G)
    e. Perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan ( kumpulan G)
    Perolehan jualan tahunan RM 3,000,000.00 dan ke atas ​​​​Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel termasuk food court (kumpulan C)

    Skop cukai


    Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan seperti di dalam jadual kedua Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.

    Bagaimana cukai perkhidmatan dikenakan

     
     
    Sumber: http://www.customs.gov.my

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images