GST: Adakah anda sudah bersedia?

Apakah itu GST?

GST adalah Goods and Service Tax. Ia juga dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).


CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan ​​perkhidmatan. Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai.

CBP akan dilevi dan dikenakan ke atas nilai pembekalan. CBP hanya boleh dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu berdaftar. Sesuatu perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengenakan dan memungut CBP atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka.

Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela. Hampir semua negara mengenakan cukai pendapatan iaitu peratusan daripada pendapatan individu atau keuntungan perniagaan. Kerajaan juga boleh mendapatkan hasil dengan mengenakan cukai ke atas pengilangan atau jualan barang seperti cukai jualan dan duti eksais. CBP adalah salah satu kaedah memungut cukai yang lebih baik daripada yang lain.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images