Bajet 2014: Sepintas lalu


Pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2014 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 bilion (RM217.7 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan).
.

Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.
Lima teras itu adalah:
i)    merancak aktiviti ekonomi
ii)   mengukuh pengurusan fiskal
iii)  mengunggul modal insan
iv)  mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
v)  serta mensejahtera kehidupan rakyat.
Dalam mengurangkan rungutan pembayar cukai menerusi sistem sedia ada pula, Bajet 2014 mencadangkan pembayar cukai tidak lagi perlu mengemukakan borang cukai pendapatan sekiranya berpuas hati dengan potongan cukai bulanan (PCB) yang dikenakan.
Sementara itu, paling banyak mendapat manfaat pula adalah golongan muda yang disediakan beberapa insentif secara langsung antaranya pemberian 'one-off' sebanyak RM500 kepada individu berumur antara 20 hingga 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta (PRS).

Dalam galakan kepada golongan itu terutama siswazah menganggur terlibat dalam perniagaan pula, Bajet 2014 turut menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta menerusi Tabung Usahawan Siswazah di bawah SME Bank.
Turut mendapat manfaat ialah golongan peniaga pasar malam yang disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.Agenda bumiputera juga terus diperkasa antaranya menerusi penubuhan Dana Ekuiti Bumiputera (EquiBumi) dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah SME Bank.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images