Siri terkini Perodua Myvi : MYVI XT

Assalammualaikum,

Syarikat Perodua telah memperkenalkan siri terbaru kereta Myvi. Siri baru ini dikenali sebagai Myvi XT dengan kelebihaan dan keistimewaan yang tersendiri.

Kereta Perodua Myvi ini didatangkan dengan 2 transmisi iaitu manual yang dikenali sebagai Myvi XT 1.3L GX1 dan automatik sebagai Myvi XT 1.3L EZ1 .


Dipasarkan dengan harga RM41,936.45 bagi jenis kemasan solid dan RM42,436.45 bagi kemasan metalik untuk Myvi XT 1.3L GX 1, manakala RM44,936.45 bagi kemasan solid dan RM45,436.45 bagi kemasan metalik untuk transmisi automatik di Semenanjung Malaysia. Harga tersebut merupakan harga atas jalan termasuk insuran.

Antara ciri istimewa kereta Myvi XT ini adalah radius pusingan minima sebanyak 4.7m selain pilihan warna yang menarik. Anda mempunyai pilihan untuk memandu pulang Myvi XT berwarna hijau, merah, unggu, perak atau putih.


Berikut merupakan spesifikasi kereta Perodua Myvi siri XT ini.


Sumber: www.perodua.com.my

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images