Teknologi
ASUS ZenFone 4, ZenFone 5 dan ZenFone 6
Assalammualaikum.
ASUS baru-baru ini menggumumkan akan mengeluarkan siri telefon pintar yang dikenali sebagai ZenFone untuk pasaran Asia Tenggara. Penggumuman tersebut telah dibuat di Jakarta Indonesia.
Siri ZenFone daripada ASUS ini didatangkan dengan 3 pilihan iaitu ZenFone 4 , 5, dan 6.
Sebenarnya, ZenFone ini diberi nama/siri 4, 5 dan 6 ini berdasarkan saiz skrinnya. Terdapat pelbagai pilihan warna bagi setiap siri.
![]() |
ASUS ZenFone 4 |
ASUS ZenFone ini menggunakan platform Android 2.3. ZenFone 4 mempunyai processor 1.2GHz manakala ZenFone 5 dan ZenFone 6 mempunyai processor 1.6GHz and 2GHz masing-masing. Ketiga-tiga siri ini mempunyai internal storage 8GB setiap satu dengan keupayaan tambahan sehingga 64GB menggunakan kad microSD. Setiap pembeli ASUS ZenFone original layak mendapat 5GB ASUS Webstorage secara percuma.
![]() |
ASUS ZenFone 5 |
Dari segi kamera, telefon pintar ZenFone daripada ASUS ini didatangkan dengan kamera utama dibelakang iaitu 5MP untuk ZenFone 4, 8MP untuk ZenFone 5 dan 13MP untuk ZenFone 6. Manakala kamera hadapan 0.3MP untuk ZenFone 4 dan 2MP untuk ZenFone 5 dan 6. Teknologi PixelMaster hanya terdapat pada ZenFone 5 dan 6 sahaja.
![]() |
ASUS ZenFone 6 |
Cadangan harga runcit bagi ASUS ZenFone 4 adalah RM299, ZenFone 5 RM599, dan RM899 untuk ZenFone 6.
Asus ZenFone ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada penghujung bulan April ini.
2 comments
tapi zenfone 4 diual 399 dkt slyng mall, knpe jd cm tu
ReplyDelete;(( harga zenfone 4 dkt slyng mall dijual 399 naik 100 hmm
ReplyDelete