Senarai Universiti Terbaik Asia 2013 : QS University Rankings

Assalammualaikum,

QS University Ranking Asia telah mengeluarkan carta senarai universiti berdasarkan kedudukan mereka di Asia. Senarai yang dikeluarkan menyatakan sehingga 300 universiti.

Universiti Terbaik Di Malaysia 2013 yang dikeluarkan dari QS University Rankings telah menyenaraikan Universiti Malaya (UM) sebagai IPT terbaik di Negara ini sekaligus meraih tempat ke 33 universiti terbaik di Asia mengalahkan University Of  Tsukuba di Jepun dengan mencatat overall 76.90.

Kedudukan pertama dimiliki oleh The Hong Kong University of Science and Technology manakala universiti negara jiran kita National University of Singapore (NUS) berada ditempat kedua.

Berikut merupakan senarai universiti terbaik di Malaysia:

  1. Universiti Malaya (UM) – IPTA
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - IPTA
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) - IPTA
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - IPTA
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) - IPTA
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - IPTA
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - IPTA
  8. Universiti Multimedia (MMU) - IPTS
  9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) - IPTA
  10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) - IPTS
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - IPTS
  12. Universiti Utara Malaysia (UUM) - IPTA
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - IPTA
  14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing - IPTS
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - IPTA
  16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - IPTA
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - IPTA
  18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Memang tidak dinafikan, kedudukan universiti anda adalah satu bonus tetapi apa yang lebih penting adalah diri individu yang ada dan belajar tersebut.

Imej dibawah menunjukkan top 39 senarai universiti terbaik di Asia untuk tahun 2013.



Untuk senarai penuh, boleh check di laman web QS



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images