Musim Bunga Malaysia: Indahnya Ciptaan Allah

Subhanallah,

Cantik sungguh ciptaan Allah.

Pada bulan Mac / April 2014, penduduk Malaysia telah diberi peluang oleh Allah Pencipta sekalian alam untuk menikmati keindahan musim bunga seperti di Jepun dan Korea tanpa perlu ke sana.

 
Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.

Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.



Sumber: Internet

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images