Universiti di Malaysia Tersenarai 50 Universiti Terbaik Di Dunia ... Siapa?

Jika semalam KM kongsikan senarai kedudukan universiti-universiti di Malaysia tidak kira sama ada IPTA atau IPTS, hari ini KM nak kongsikan pula senarai universiti terbaik dunia bagi tahun 2013.

Senarai ini juga dikeluarkan oleh QS University Ranking. Ia menyenaraikan 50 universiti terbaik dunia yang berusia kurang daripada 50 tahun.

Nak tahu tak?

Kedudukan pertama dimenangi oleh universiti dari Hong Kong yang juga memegang kedudukan sama bagi universiti terbaik Asia 2013 iaitu The Hong Kong University of Science and Technology.

Manakala kedudukan ke-50, disandang oleh University of Texas at Dallas.

Dalam senarai 50 universiti terbaik bawah 50 tahun ini juga ada universiti daripada Malaysia.
Universiti mana?


Universiti tersebut adalah .......................... Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat ke-19.Tahniah, KM ucapkan. Top 20 lagi.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mendapat skor 42.7 dan mengalahkan universiti ternama lain antaranya adalah University of Technology Sydney dari Australia dan University of California, Santa Cruz.


Tahniah sekali lagi KM ucapkan kepada UKM.


Berikut merupakan imej senarai penuhnya:

QS University Rankings: Top 50 Under 50 2013










You Might Also Like

0 comments

Flickr Images