KADAR DUTI SETEM KE ATAS SURAT CARA PERJANJIAN PERKHIDMATAN


Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen8 0(2) Akta Setem 1949 telah memutuskan dasar duti setem ke atas surat cara perjanjian perkhidmatan seperti berikut:

i. surat cara perjanjian perkhidmatan yang disempurnakan mulai 1 Januari 2011 dikenakan duti setem pada kadar ad valorem 0.1% ke atas nilai kontrak perkhidmatan;


ii. sekiranya suatu perkhidmatan melibatkan pelbagai peringkat (multi-tier), surat cara perjanjian perkhidmatan tersebut dikenakan duti setem pada kadar ad valorem 0.1% di satu peringkat sahaja. Kadar duti setem ad valorem 0.1% ini akan dikenakan sama ada:


a. di peringkat pertama bagi perjanjian perkhidmatan yang disempurnakan antara sesuatu entiti swasta dengan penyedia perkhidmatan.


ATAU


b. di peringkat kedua bagi perjanjian perkhidmatan yang disempurnakan antara sesuatu entiti yang
dikecualikan bayaran duti setem (contohnya, Kerajaan Malaysia) dengan penyedia perkhidmatan.


Surat cara perjanjian perkhidmatan yang disempurnakan di lain-lain peringkat dikenakan duti setem pada kadar tetap RM50 sahaja dan duti selebihnya diremitkan.



SUMBER: http://www.treasury.gov.my

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images