Bajet 2014: Harga Gula Naik kepada RM2.84 - Tiada Lagi Subsidi Gula


Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa 26 Oktober 2013 iaitu sehari selepas pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehingga hari pembentangan Bajet 2014, gula dijual pada harga RM2.50 setiap sekilogram.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetis dan jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung dan kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,"katanya

Berapakah harga gula yang dijual ditempat anda? Adakah harganya naik melebihi harga sepatutnya. Bagaimana pula dengan harga makanan dan minuman yang menggunakan gula?

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images