Harga Minyak Naik Lagi: RON 95 DAN DIESEL NAIK 20SEN

2 September 2013, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak (DSN) telah menggumumkan kenaikan sebanyak 20sen bagi harga minyak petrol RON 95 dan Diesel bermula tengah malam ini sepertimana dilaporkan oleh kebanyakan media.

Pengumuman ini dibuat ketika rakyat Malaysia masih lagi bergembira meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 iaitu kurang 2 hari selepas 31 Ogos 2013. Pengumuman ini juga dibuat oleh Dato' Seri Najib selepas kira-kira 3 bulan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seterusnya menduduki semula kerusi Perdana Menteri, dan kira-kira 2 bulan sebelum pembentangan BAJET 2014. Sebelum ini, dilaporkan DSN meminta cadangan rakyat Malaysia mengenai BAJET 2014 sebelum ia dibentangkan seperti disini.

Dengan peningkatan 20sen ini, harga petrol RON 95 akan naik kepada RM2.10 dan harga diesel akan naik kepada RM2.00.

Dijangkakan kenaikan harga petrol dan diesel ini akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan kerana kenaikan kos penghantaran. Ada mungkin diantara anda telah mula menghadkan aktiviti melancong, pulang ke kampung atau apa sahaja yang memerlukan anda memandu (menggunakan petrol/diesel).


Disamping itu, angin kenaikan takrif elektrik dan pelaksanaan GST juga telah kedengaran. Dan pastinya, tekanan ekonomi ini telah semakin dirasai bukan sahaja kepada mereka yang berpendapatan RM5000 kebawah tetapi juga RM10000 kebawah.

Apa kata anda?



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images