BlackBerry akan menjadi syarikat persendirian?

Assalammualaikum,


Berita penawaran pembelian saham pengeluar telefon pintar BlackBerry Limited tersebar luas.

Ini berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Blackberry sendiri yang menyatakan mereka telah menandatangani perjanjian 'Letter of Intent' (LOI) dengan sebuah konsortium yang diketuai oleh Fairfax Financial Holdings Limited (“Fairfax”) yang menawarkan pengambilalihan syarikat tersebut.


Fairfax ‘bercadang’ membeli syarikat itu pada harga AS$9 sesaham secara tunai dalam usaha menjadikan syarikat itu syarikat persendirian. Fairfax dijangka akan membelanjakan sejumlah AS$4.7 bilion kepada pembuat telefon pintar tersebut.

Untuk makluman, telefon jenama Blackberry pernah menjadi salah satu telefon pintar kegemaran dunia semenjak diperkenalkan pada tahun 1999. Namun popularitinya mula menurun dengan kemunculan telefon-telefon pintar lain seperti iPhone dan Samsung.






Ini merupakan kenyataan media daripada pihak Blackberry.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images