Umum
Duit Raya
Tahun ini anda akan menerima duit raya atau memberi duit raya?
Seperti semua sedia maklum. adalah menjadi tradisi masyarakat Melayu Malaysia apabila tiba musim Hari Raya Syawal, duit raya tidak dapat dipisahkan. Biasanya, duit raya diberikan kepada kanak-kanak oleh orang yang lebih dewasa. Sebagai tanda hadiah, biasanya duit baru akan disediakan.
Maka, ada diantara kita yang telah menukar duit di bank semenjak minggu pertama Ramadhan lagi. Takut kehabisan.

Menurut Bank Negara
Malaysia, pihaknya akan mengedar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 yang
sesuai untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan datang untuk
menggalakkan kelestarian sumber negara dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan konsep 'Go Green'.
Untuk makluman, substrat polimer diperkenalkan pada tahun 2004 untuk RM5 bagi meningkatkan ketahanan wang kertas dan mengurangkan kos dan permintaan yang tinggi terhadap sumber yang digunakan dalam pengeluaran mata wang. Penggunaan substrat polimer diperluas untuk merangkumi RM1 pada tahun 2012 apabila wang kertas polimer RM5 mencapai rekod penggunaan yang positif.
Tahukah anda bahawa wang kertas polimer dapat bertahan 2 hingga 3 kali lebih lama berbanding dengan wang kertas biasa.
Setiap tahun Bank Negara Malaysia mengeluarkan lebih kurang 750 juta keping wang kertas RM1 dan RM5 bagi memenuhi permintaan bermusim untuk Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Walau bagaimanapun, lebih kurang 70% daripada wang kertas yang dikeluarkan tidak diperlukan untuk urus niaga pembayaran biasa. Wang kertas tersebut dipulangkan sebagai deposit sejurus selepas musim perayaan dan menyebabkan lebihan pengumpulan wang kertas RM1 dan RM5 di Bank Negara Malaysia.
Cetakan tambahan 500 juta keping wang kertas untuk memenuhi permintaan perayaan menyebabkan kos yang tinggi. Pengeluarannya menggunakan lebih daripada 80 ton dakwat dan 2 juta kWh elektrik yang cukup bagi kegunaan 7,500 rumah di Malaysia untuk sebulan.
Duit mana anda mahu?
0 comments