Umum
BONUS HARI RAYA KEPADA KAKITANGAN AWAM RM500
Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua kakitangan awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 dan RM250 kepada pesara kerajaan sempena sambutan hari raya Aidilfitri tahun 2013.
Bantuan dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun penjawat awam pada 31 Julai 2013 iaitu kira-kira satu minggu sebelum sambutan Aidilfitri.
Selain bayaran bantuan khas itu, penjawat awam juga menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini. Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing, sebagaimana yang diumumkan oleh beliau dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13.
Bagi kakitangan awam Selangor, mereka pula menerima durian runtuh daripada kerajaan negeri apabila menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menggumumkan pemberian bonus sebulan gaji.
Kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan, semoga bantuan ini dapat meringankan beban anda semua dalam menyambut hari raya. Gunakan duit yang diberi sebaiknya.
0 comments