Ekonomi & Kewangan
GST Malaysia: Bagaimana Caranya?
Bagaimana GST (CBP) Dilaksanakan di Malaysia?
Perniagaan yang membuat pembekalan bercukai perlu berdaftar di bawah CBP jika nilai
pusing tahunan mereka telah melebihi nilai ambang yang ditetapkan.
Hanya orang berdaftar boleh mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan barang
dan perkhidmatan bercukai yang dibuat olehnya. CBP dikenakan ke atas nilai atau harga
jualan produk. Jumlah CBP yang ditanggung ke atas input (cukai input) boleh ditolak daripada
jumlah CBP yang dikenakan (cukai output) oleh orang berdaftar.
Jika jumlah cukai output adalah lebih daripada cukai input dalam tempoh bercukai yang berkaitan, perbezaan
itu hendaklah diremitkan kepada Kerajaan. Bagaimanapun, jika cukai input adalah lebih daripada cukai output,
perbezaan akan dipulangkan oleh Kerajaan.
Kaji bahagian-bahagian berikut untuk memahami tanggungjawab dan kewajipan sebagai orang berdaftar CBP.
Langkah pertama untuk bersiap sedia untuk CBP adalah mendaftar untuk nombor pendaftaran CBP. Anda perlu pastikan samada anda dikehendaki untuk berdaftar atau memilih untuk berdaftar secara sukarela. Seseorang yang perniagaannya mempunyai nilai pusingan tahunan melebihi RM500,000 bertanggungan untuk berdaftar CBP. Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, pengkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, estet, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana pertubuhan termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia.
Nilai pusingan bercukai tahunan boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada berikut:
Adalah perlu untuk menentukan jenis pendaftaran yang terbaik untuk perniagaan anda:
Bagaimanapun terdapat kategori orang kena cukai dibenarkan mengguna pengakaunan pada asas bayaran (tunai). Kemudahan ini boleh diberi kepada perniagaan yang menjalankan aktiviti mereka hanya dengan asas bayaran tunai.
Setiap rekod perniagaan dan pengakaunan yang berkaitan dengan transaksi CBP perlu disimpan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam tempoh tujuh (7) tahun.
Tempoh bercukai adalah jurang masa yang tetap yang mana orang kena cukai adalah bertanggungan untuk mengakaun dan membayar CBP kepada Kerajaan. Tempoh bercukai standard adalah berasaskan suku tahun. Bagaimanapun orang berdaftar boleh memohon untuk diberikan tempoh bercukai yang lain (bulanan atau setiap enam (6) bulan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Nota:
Penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti berikut:
Orang kena cukai boleh membentangkan kes rayuannya sendiri atau melantik mana-mana pihak membentangkan kes rayuan bagi pihaknya. Prosiding perbicaraan akan dijalankan secara tertutup melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk perbicaraan secara terbuka.
Apa yang anda perlu buat?
CBP menghendaki perniagaan-perniagaan yang telah melebihi nilai ambang yang ditetapkan untuk berdaftar dan menyimpan rekod cukai input dan output. Perniagaan ini melaporkan tanggungan mereka di dalam tempoh tertentu yang dipanggil tempoh bercukai.Kaji bahagian-bahagian berikut untuk memahami tanggungjawab dan kewajipan sebagai orang berdaftar CBP.
- Pendaftaran perniagaan
- Mengeluarkan invois cukai
- Perakaunan untuk CBP
- Mengemukakan penyata CBP
- Mekanisma kredit cukai input
- Tuntutan bayar balik CBP
- Pembayaran CBP
- Kesalahan-kesalahan
- Semakan semula dan rayuan
1. Mendaftar perniagaan
Langkah pertama untuk bersiap sedia untuk CBP adalah mendaftar untuk nombor pendaftaran CBP. Anda perlu pastikan samada anda dikehendaki untuk berdaftar atau memilih untuk berdaftar secara sukarela. Seseorang yang perniagaannya mempunyai nilai pusingan tahunan melebihi RM500,000 bertanggungan untuk berdaftar CBP. Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, pengkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, estet, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana pertubuhan termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia.
Nilai pusingan bercukai tahunan boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada berikut:
- Jumlah pembekalan bercukai bulan semasa dan sebelas (11) bulan sebelumnya, atau
- Jumlah pembekalan bercukai bulan semasa dan jangkaan sebelas (11) bulan seterusnya.
Adalah perlu untuk menentukan jenis pendaftaran yang terbaik untuk perniagaan anda:
- Pendaftaran secara sukarela
- Pendaftaran kumpulan
- Pendaftaran cawangan/bahagian
Pembatalan Pendaftaran
Permohonan bagi pembatalan pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh berlakunya keadaan-keadaan berikut:- Perniagaan telah ditamatkan
- Tidak lagi memenuhi syarat-syarat pendaftaran
Pendaftaran Secara Sukarela
- Seseorang yang membuat pembekalan bercukai dan nilai pusingan bercukai tahunannya RM 500,000 dan ke bawah tidak dikehendaki berdaftar. Bagaimanapun anda boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela. Pendaftaran secara sukarela di benarkan tetapi hendaklah kekal berdaftar sekurang-kurangnya bagi tempoh dua (2) tahun.
- Setelah berdaftar, mereka perlu mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan bercukai dan pada masa yang sama berhak untuk mendapat tuntutan kredit cukai input dan layak untuk mendapat kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah perundangan CBP.
Pendaftaran Kumpulan
Pendaftaran kumpulan adalah satu kemudahan yang membenarkan beberapa syarikat untuk berdaftar sebagai satu kumpulan dan memusatkan pentadbiran mereka untuk tujuan pengakaunan CBP. Setiap syarikat hendaklah didaftarkan secara berasingan sebelum mereka boleh berdaftar dan setiap syarikat hendaklah membuat pembekalan bercukai sepenuhnya.Syarat-syarat untuk pendaftaran kumpulan
- Syarikat-syarikat adalah layak untuk pendaftaran kumpulan jika satu syarikat mengawal satu syarikat lain. Satu syarikat dianggap mengawal syarikat lain jika syarikat yang pertama itu memegang secara langsung, atau tidak secara langsung melalui subsidiari atau bersama-sama secara langsung atau tidak langsung melalui subsidiari, lebih dari 50% modal saham yang dikeluarkan oleh syarikat kedua.
- Seorang anggota hendaklah dicalonkan oleh kumpulan untuk menjadi anggota wakil kumpulan.
- Pembekalan bercukai yang dibuat oleh atau kepada anggota kumpulan hendaklah dikira sebagai pembekalan oleh atau kepada anggota wakil kumpulan.
- Pembekalan di antara anggota kumpulan tidak diambilkira sebagai pembekalan.
- Setiap anggota kumpulan adalah perlu menyimpan rekod dengan sempurna kerana mereka bertanggungan secara bersesama dan berasingan.
Pendaftaran Cawangan/Bahagian
Orang kena cukai yang menjalankan perniagaannya di dalam beberapa cawangan atau bahagian atas permohonan dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan, boleh berdaftar di atas nama cawangan atau bahagian tersebut. Kemudahan ini disediakan untuk orang kena cukai yang mempunyai beberapa unit pengakaunan kendiri untuk mendaftar setiap unit secara berasingan untuk CBP. Setiap cawangan/bahagian akan diberikan nombor pendaftaran CBP secara berasingan dan mengemukakan penyatanya sendiri. Bagaimanapun orang kena cukai kekal bertanggungan ke atas semua tanggungan CBP untuk semua cawangan/bahagian.2. Mengeluarkan invois cukai
Apabila anda mengenakan CBP, adalah perlu untuk mengeluarkan invois cukai yang mengandungi amaun CBP dan harga pembekalan secara berasingan. Invois cukai mesti dikeluarkan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari setelah masa pembekalan.Maklumat yang mesti ditunjukkan di dalam invois cukai:- Perkataan ‘invois cukai’ di tempat yang ketara;
- Nombor siri invois cukai;
- Tarikh pengeluaran invois cukai;
- Nama (atau nama perdagangan), alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal;
- Nama dan alamat orang yang menerima pembekalan barang atau perkhidmatan;
- Diskripsi barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;
- Kuantiti atau jumlah barang atau perkhidmatan yang dibekalkan contohnya berapa liter petrol, berapa kilo daging atau berapa jam buruh;
- Apa-apa diskaun yang ditawarkan;
- Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan jumlah cukai dikenakan ditunjukkan secara berasingan;
- Jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai dikenakan.
Invois Cukai Dipermudah
Invois cukai dipermudah tidak mengandungi semua butiran seperti dalam invois cukai standard dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kastam. Invois cukai dipermudah boleh digunakan oleh orang berdaftar untuk menuntut ITC dengan syarat nilai invois (termasuk CBP) tidak melebihi RM500.00.Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan invois cukai dipermudah dikeluarkan mengandungi maklumat seperti berikut:- Nama (atau nama perdagangan), alamat dan nombor pengenalan CBP pembekal;
- Tarikh invois dikeluarkan;
- Nombor siri invois;
- Diskripsi barang atau perkhidmatan yang dibekalkan;
- Jumlah amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan; dan
- Untuk setiap kadar cukai yang dikenakan, amaun kena dibayar, termasuk cukai dan kadar cukai dikenakan.
3. Pengakaunan untuk CBP
Umumnya, setiap orang kena cukai hendaklah mengakaun CBP berdasarkan pengakaunan pada asas terakru (invois) iaitu setiap cukai output dan cukai input perlu diakaun dan dituntut berdasarkan pada masa invois dikeluarkan atau diterima.Bagaimanapun terdapat kategori orang kena cukai dibenarkan mengguna pengakaunan pada asas bayaran (tunai). Kemudahan ini boleh diberi kepada perniagaan yang menjalankan aktiviti mereka hanya dengan asas bayaran tunai.
Setiap rekod perniagaan dan pengakaunan yang berkaitan dengan transaksi CBP perlu disimpan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam tempoh tujuh (7) tahun.
4. Mengemukakan Penyata CBP
Penyata CBP hendaklah dikemukakan ke pejabat CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai.Tempoh bercukai adalah jurang masa yang tetap yang mana orang kena cukai adalah bertanggungan untuk mengakaun dan membayar CBP kepada Kerajaan. Tempoh bercukai standard adalah berasaskan suku tahun. Bagaimanapun orang berdaftar boleh memohon untuk diberikan tempoh bercukai yang lain (bulanan atau setiap enam (6) bulan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Kategori | Tempoh | Syarat-syarat |
Tempoh bercukai standard | Tiga bulan |
|
Tempoh bercukai tidak standard | Satu bulan |
|
Enam bulan |
|
5. Mekanisma kredit cukai input
Perniagaan perlu mengena dan memungut CBP atas setiap pembekalan barang dan perkhidmatan kepada pengguna. Hanya perniagaan yang berdaftar CBP boleh mengena dan memungut CBP. Perniagaan ini dibenarkan untuk menuntut apa-apa amaun CBP yang telah dibayar untuk input perniagaan secara offset terhadap cukai output.- Lebihan cukai output hendaklah dibayar kepada kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Di dalam keadaan jumlah cukai input tidak boleh diperolehi secara keseluruhan, perniagaan tersebut boleh membuat tuntutan bayar balik dari kerajaan.
Nota:
- Tempoh masa maksima cukai input itu boleh dituntut adalah enam tahun dari tarikh pembekalan.
- Kredit cukai input tidak boleh dituntut ke atas input disekat seperti CBP dibayar ke atas motokar penumpang, yuran kelab, premium insuran perubatan dan kemalangan peribadi, perbelanjaan perubatan, faedah keluarga, perbelanjaan hiburan kepada seseorang selain daripada pekerja.
- Kaedah pengagihan perlu digunakan apabila orang kena cukai yang membuat pembekalan bercampur.
6. Tuntutan bayar balik CBP
Tuntutan bayar balik cukai input boleh dibuat secara offset dengan CBP, duti kastam dan eksais yang belum dibayar. Bayaran balik akan dibuat kepada penuntut dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja untuk tuntutan yang dikemukakan secara eletronik atau dua puluh lapan (28) hari jika tuntutan dikemukakan secara manual.7. Pembayaran CBP
Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaan tersebut perlu dibayar kepada Kerajaan bersama-sama penyata CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai. Pembayaran di atas talian adalah melalui:- Bank (akan dilantik).
- Kemudahan internet.
- Pembayaran melalui cek/ deraf bank/ kiriman wang perlu dibuat atas nama
Ketua Pengarah Kastam dan dihantar ke::
-
Ketua Pengarah Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kastam Kelana Jaya
No.22 Jalan SS6/3
Kelana Jaya 47301
Petaling Jaya, Selangor
-
Atau
- Bayar di mana-mana kaunter pejabat CBP dari 8.00am – 5.00pm atau dengan menggunakan perkhidmatan bank yang dilantik.
8. Kesalahan
Penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti berikut:
- Apa-apa kekurangan pada cukai bersih yang perlu dibayar .
- Tidak mengemukakan penyata CBP.
- Penyata CBP dikemukakan dengan tiada atau kurang bayaran;
- Apa-apa bayaran balik yang dituntut secara tidak benar
- Kegagalan untuk berdaftar.
9. Semakan semula dan rayuan
Mana-mana individu yang terkilan dengan keputusan pegawai CBP boleh memohon untuk semakan semula kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemberitahuan keputusan. Selain dari itu dia juga boleh membuat rayuan terus kepada Tribunal Rayuan CBP dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan yang dipertikaikan.Orang kena cukai boleh membentangkan kes rayuannya sendiri atau melantik mana-mana pihak membentangkan kes rayuan bagi pihaknya. Prosiding perbicaraan akan dijalankan secara tertutup melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk perbicaraan secara terbuka.
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor Aenean massa.Aenean commodo ligula eget dolor Aenean massa.
0 comments