Lembaga Tabung Haji Bayar Zakat di Perlis

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM563,712.32 bagi tahun 2013 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) pada 14 April 2014.



Pembayaran zakat bagi Negeri Perlis tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan peratus (9%) berbanding RM515,739.47 pada tahun 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Khairi Dasemin, Pengarah TH Negeri Perlis kepada Tuan Haji Abdul Malik Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPS. 

 

Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2013 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM46.29 juta berbanding RM41.21 juta (2012). Peningkatan jumlah keseluruhan pembayaran zakat ini adalah sejajar dengan prestasi pendapatan keseluruhan TH yang memberangsangkan bagi 2013. Negeri Perlis merupakan negeri ke-11 dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH pada tahun ini. Bagi Negeri Perlis, pengagihan zakat yang diterimanya bagi tempoh tiga tahun berturut-turut adalah RM563,712.32 (2013), RM515,739.47 (2012) dan RM501,372.00 (2011). 


Sumber: Lembaga Tabung Haji

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images