Karnival Muamalat dan Cinta Rasul

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menganjurkan Karnival Muamalat dan Cinta Rasul bermula 1 hingga 4 Mei 2014.

Karnival tersebut akan berlangsung di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.

Karnival bertemakan 'Muamalah Islam Pilihan Ummah Bukti Kecintaan Kepada Rasulullah' ini amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan iaitu ceramah agama melibatkan penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Qiamullail, persembahan kumpulan nasyid tanah air, dan aktiviti memanah dan berkuda. Taman arnab juga dibuka. Selain itu, program berbuka puasa beramai-ramai juga akan diadakan dengan tema Iftar 1 Ummah.


You Might Also Like

0 comments

Flickr Images