Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan

Jika sebelum ini, pembeli kenderaan yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran sesebuah negeri perlu ke negeri tersebut, selepas ini tidak perlu lagi.

Ini kerana bermula 1 Mei 2014, pembeli kenderaan boleh memilih nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki dan mendaftarkannya di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.


Ia dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan di bawah sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan bagi memudahkan pembeli mendaftar kenderaan di mana saja tanpa perlu ke negeri nombor yang mereka minati.

Contohnya, jika sebelum ini sekiranya anda berada di Negeri Sembilan dan inginkan nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan W, anda perlu ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkannya. Tetapi selepas perlaksanaan sistem pendaftaran tanpa sempadan, anda boleh kemana-mana cawangan JPJ di Negeri Sembilan untuk memiliki nombor plat Kuala Lumpur.

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata sebagai contoh, pembeli di Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor, boleh memohon di JPJ Melaka tanpa sebarang bayaran.


Abdul Aziz berkata, sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dilaksana menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP yang kini semakin berfungsi dengan baik.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kaedah pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu telah dimulakan pada 1 April lalu, manakala bagi syarikat pada 1 Jun ini.

“Melalui kaedah ini, pemilik asal dan pemilik baru kenderaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membuat pengesahan biometric bagi urus niaga tukar hak milik. Ia bertujuan menangani isu pemalsuan dokumen,” katanya.


Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images