Ekonomi & Kewangan
Islam Itu Indah
Bayaran Insuran Takaful Ikhlas Mudah dengan Plug n Pay
Takaful
IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat
milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa
Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham
utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah
Saham PNB.
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menjadi pengendali takaful yang pertama di Malaysia untuk menyediakan kemudahan peranti Plug n Pay by CIMB Bank (Plug n Pay) kepada agen Takaful IKHLAS di seluruh Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran dengan para pelanggannya.
Plug
n Pay adalah penyelesaian perniagaan atau jualan mudah alih berasaskan
cip yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menawarkan cara yang mudah, tetapi selamat untuk menguruskan pembayaran elektronik menggunakan telefon pintar dan tablet.
Agen-agen Takaful IKHLAS hanya perlu memasukkan pembaca kad Plug n Pay ke
dalam peranti mudah alih yang dimiliki dan ia bersedia untuk menerima
kad kredit dan debit untuk melaksanakan urusan
jual beli mengunakan aplikasi mudah alih ini.
“Transaksi juga dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Peranti
ini membolehkan agen untuk mencapai persetujuan urus niaga
secara serta merta dengan pelanggan. Pastinya para pelanggan kami akan
teruja mendapat perkhidmatan sebegini kerana urus niaga ini adalah
selamat, cepat, terjamin, tanpa tunai dan dapat meminimumkan risiko
rompakan, kehilangan wang tunai dan sebagainya,” jelas Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS.
Peranti Plug n Pay CIMB Bank ini memberi banyak manfaat kepada para pelanggan yang mengambil perlindungan Takaful IKHLAS. Urus
niaga menerusi peranti ini memudahkan pembayaran dan pelanggan tidak
perlu beratur di mana-mana cawangan Takaful IKHLAS. Sebaik urus niaga
disahkan, resit elektronik akan dikeluarkan dengan segera kepada
pelanggan melalui e-mel atau sms. Urus niaga atau transaksi sebegini
amat terjamin kerana butiran peribadi atau akaun pelanggan tidak
disimpan di dalam pembaca kad.
Ini
adalah selaras dengan usaha kerajaan yang menggalakkan pelaksanaan
pembayaran elektronik dan mengurangkan kebergantungan pada transaksi
tunai bagi mencapai kecekapan ekonomi yang lebih tinggi.
Bagi
merancakkan dan menggalakkan lagi pelaksanaan urusan jual beli secara
elektronik ini, pihak Syarikat telah melancarkan satu kempen untuk 70
pelanggan pertama yang membuat pembayaran elektronik melalui Plug n Pay
akan dihadiahkan dengan baucer membeli belah. Agen yang
mencatatkan rekod pembayaran elektronik tertinggi juga akan diberikan
insentif oleh Takaful IKHLAS.
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my
0 comments